Powered by Blogger.

Friday, February 17, 2012

Pemuda UMNO Tenom Sambut Baik Bina 25 Buah Sekolah IBS

  NR       Friday, February 17, 2012

KOTA KINABALU 16 Feb. - Pengumuman kerajaan untuk membina sebanyak 25 buah sekolah di negeri ini menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) disambut baik oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tenom.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata, langkah tersebut sangat sesuai dilaksanakan di negeri ini terutama melibatkan pembinaan sekolah di luar bandar atau kawasan pedalaman.

Katanya, kebanyakan sekolah di Sabah memerlukan pembinaan sekolah baharu yang boleh dibina dengan cepat ekoran kebanyakannya sudah uzur dan boleh mengancam keselamatan pelajar, selain masih mengalami kekurangan kemudahan asas.

"Kami Pemuda UMNO Tenom menyambut baik pengumuman ini, malah sangat berharap agar proses pembinaan 25 buah sekolah baharu itu dapat disegerakan bagi memberi keselesaan kepada pelajar.

"Pelaksanaan menggunakan sistem IBS sangat efisien kerana ia tidak memakan masa lama," katanya di sini hari ini.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Pemuda UMNO Tenom Sambut Baik Bina 25 Buah Sekolah IBS

Previous
« Prev Post

No comments: