Powered by Blogger.

Wednesday, February 22, 2012

Penuntut UPM Ceburi Bidang Usahawan Penternakan Arnab

  NR       Wednesday, February 22, 2012
KOTA BHARU- Penuntut universiti perlu memberanikan diri menceburi bidang keusahawanan terutama dalam bidang penternakan arnab kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.
Penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Haiwan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Darwis Ibrahim, 22, berkata, bidang keusahawanan masih kurang diterokai golongan tersebut yang lebih gemar makan gaji berbanding menjadi majikan.
“Sepatutnya, penuntut universiti merebut peluang yang tersedia khususnya menjadi usahawan dalam bidang pertanian atau penternakan dan saya lihat industri arnab berpotensi.
“Arnab adalah haiwan yang mudah diternak dan cepat membiak, selain menjadi sumber bekalan daging dengan kandungan protein, mineral tinggi dan rendah kolesterol, jadi ia mempunyai permintaan yang tinggi di negeri ini,” katanya ketika ditemui di ladang Kampung Chempaka, di sini.
Beliau berkata, sejak Mei tahun lalu hingga sekarang, dia mempunyai purata 500 arnab dan jumlah ternakannya tidak sama pada satu masa kerana ia mendapat tempat di kalangan pembeli tempatan.
Menurutnya, masa sekarang menumpukan fokus kepada pembeli arnab sebagai haiwan kesayangan, namun pada jangka masa panjang, beliau akan memfokuskannya terhadap pasaran daging.
“Untuk menjadi usahawan industri arnab, perlu ada minat terhadap ternakan, selain penternak itu perlu mengetahui teknik-teknik berguna dalam bidang perladangan arnab.
“Penternak juga perlu sentiasa bersedia dalam industri ini terutama menyediakan modal khas bagi makanan arnab seperti palet dan rumput (napier),” katanya yang mempunyai rakan kongsi, Mohd Asri Che Wil, 32.
Katanya, ternakan arnabnya boleh didapati di Terminal Makanan Negara (Teman, Tunjung) pada setiap pagi Sabtu dan di pasar Machang pada pagi Jumaat. – Sinar Harian
logoblog

Thanks for reading Penuntut UPM Ceburi Bidang Usahawan Penternakan Arnab

Previous
« Prev Post

No comments: