Powered by Blogger.

Wednesday, February 22, 2012

Unimas Menjadi IPT Pertama Pasar Produk Coop 1Malaysia

  NR       Wednesday, February 22, 2012

ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kiri ) ditemani timbalannya, Rohani Abdul Karim dan Naib Canselor Unimas, Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid (kiri) beramah mesra dengan pelajar selepas merasmikan Gerakan Pengguna Siswa di Kota Samarahan, Sarawak, kelmarin.

SAMARAHAN 21 Feb. – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini memasarkan produk Coop 1Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan penjualan produk tersebut di kampus Unimas, maka ia akan dapat meringankan kos sara hidup mahasiswa.

Menurutnya, pada masa sama penuntut mempunyai alternatif untuk membeli barangan yang murah atau sebaliknya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Unimas kerana menjadi universiti pertama yang menjual produk Coop 1Malaysia.

“Produk ini menawarkan harga barangan lebih murah antara 30 hingga 40 peratus berbanding barangan yang sama tetapi berjenama,” katanya selepas majlis pelancaran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan perasmian Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di Kampus Unimas di sini semalam.

Dalam pada itu Ismail Sabri memberitahu, Unimas juga muncul sebagai IPT yang paling banyak menawarkan MR1M apabila 23 kafetaria di kampus itu mengambil bahagian setakat ini.

Katanya, pencapaian membanggakan itu adalah hasil kerjasama pihak pengurusan Unimas yang memberi sokongan tidak berbelah-

bahagi kepada inisiatif berkenaan.

“Kami mendapat sokongan daripada pihak Unimas untuk mengumpulkan pengusaha kafetaria bagi mengikuti taklimat mengenainya.

“Ia menjadikan Unimas sebagai universiti yang paling banyak menawarkan MR1M yang bertujuan membantu mahasiswa membeli makanan pada harga lebih murah,” katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Unimas Menjadi IPT Pertama Pasar Produk Coop 1Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments: