Powered by Blogger.

Saturday, February 04, 2012

SJKC Kulai Besar Dapat RM500,000

  NR       Saturday, February 04, 2012

KULAIJAYA 2 Feb. - Bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil bukan perkara baru kerana ia sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi, bukan kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bantuan yang diberikan kepada sekolah terlibat termasuk sekolah persendirian turut berbeza pada setiap tahun selain mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri turut mengambil pendekatan sama apabila mengumumkan RM100 juta bantuan untuk SJKC dan SJKT, malah diwujudkan tabung pembiayaan kedua-dua sekolah tersebut di seluruh negara.

"Ia memberi harapan kepada masyarakat Cina yang melihat pentingnya kerajaan memberi bantuan dalam bidang pendidikan," katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di SJKC Kulai Besar di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Teo Kok Chee dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Jais.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading SJKC Kulai Besar Dapat RM500,000

Previous
« Prev Post

No comments: