Powered by Blogger.

Saturday, February 04, 2012

Jumlah Pelajar Ditahan di Melaka Meningkat Tahun 2011

  NR       Saturday, February 04, 2012

MELAKA: Seramai 35 pelajar sekolah ditahan di daerah Melaka Tengah atas pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun lepas.

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 29 orang yang ditahan pada tahun 2010.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, pelajar sekolah terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan seperti mencuri motosikal,mencuri dalam bangunan, terlibat dalam pergaduhan dan jenayah seksual.

Beliau berkata, sehubungan itu polis mengambil pelbagai pendekatan bagi membanteras penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti jenayah, antara yangdiberi tumpuan ialah program turun padang bertemu pelajar sekolah.

Program itu bertujuan memberi penerangan dan peringatan awal kepada  pelajar sekolah tentang kesan terlibat dalam kegiatan jenayah, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan pemimpin pelajar 2012 di Sekolah Menengah Tinggi Melaka di sini, semalam.

“Penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti jenayah boleh dielak…jadi melalui program seumpama ini ia bertindak sebagai langkah awal agar pelajar sekolah tidak menjadi mangsa penjenayah atau suspek dalam sesuatu kes jenayah,” katanya.

Sementara itu, Sallehhudin berkata, indeks jenayah di daerah Melaka Tengah mencatat penurunan sebanyak 9.9 peratus pada tahun lepas berbanding 3,904 kes pada tahun 2010. — Bernama


logoblog

Thanks for reading Jumlah Pelajar Ditahan di Melaka Meningkat Tahun 2011

Previous
« Prev Post

No comments: