Powered by Blogger.

Friday, March 30, 2012

Ijazah Kedoktoran Presiden Hungary, Pal Schmitt Ditarik Balik ?

  NR       Friday, March 30, 2012

BUDAPEST: Universiti Semmelweis bercadang menarik balik ijazah kedoktoran presiden negara itu apabila didapati dia memplagiat walaupun sebuah jawatankuasa siasatan membebaskannya daripada sebarang salah laku.

Rektor universiti itu, Tivadar Tulassay, berkata mereka percaya, wajar jika ijazah kedoktoran Presiden Pal Schmitt yang diperoleh pada 1992 ditarik balik.

“Kami akan memulakan prosiding itu,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat luar biasa di universiti berkenaan, semalam.

Kelmarin, jawatankuasa siasatan Universiti Semmelweis berkata, Schmitt menyalin sebahagian besar tesisnya tetapi ia selaras dengan kehendak penilai ketika itu.

Jawatankuasa berkenaan kemudian menyalahkan Universiti Semmelweis kerana tidak menyedari penipuan itu.

Schmitt adalah sahabat Perdana Menteri Viktor Orban dan pemimpin itu jugalah yang melantik ketua jawatankuasa siasatan berkenaan. Akhbar mingguan HGV Januari lalu melaporkan, tesis ijazah kedoktoran Schmitt adalah “terjemahan perkataan demi perkataan” teks berbahasa Perancis ditulis pakar sukan dan diplomat Bulgaria pada 1980-an, Nikolai Georgiev. 

Sumber: BBC UK
logoblog

Thanks for reading Ijazah Kedoktoran Presiden Hungary, Pal Schmitt Ditarik Balik ?

Previous
« Prev Post

No comments: