Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran

  NR       Wednesday, March 28, 2012

LEE Kim Shin (barisan hadapan, lima dari kanan) bersama ahli JCLA dan kakitangan Curtin Sarawak di Miri, baru-baru ini. 

MIRI 27 Mac - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu melengkapkan diri dengan kemahiran memimpin sebagai persiapan untuk menghadapi persaingan dalam pasaran pekerjaan, selain menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Menteri Muda Komunikasi negeri, Datuk Lee Kim Shin berkata, kepimpinan bukan sahaja berkaitan dengan kedudukan kuasa atau status untuk memerintah orang lain melakukan sesuatu tugas.

"Kepimpinan adalah satu keupayaan memimpin satu kumpulan yang menjurus kepada perkara positif," katanya berucap pada majlis Penyampaian Poster Akademi Kepimpinan John Curtin (JCLA) di Miri Marriott Resort and Spa, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, beliau mengumumkan pemberian geran sebanyak RM2,000 untuk membiayai projek yang dikendalikan oleh JCLA iaitu Projek Pengumpulan Air Hujan Untuk Suai.

Dalam konteks ini, Kim Shin memuji usaha Universiti Curtin Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) di atas inisiatif mereka mengutamakan perkhidmatan komuniti melalui program anjuran JCLA.

Beliau berkata, JCLA merupakan satu program yang berupaya mendedahkan kepada penuntut mengenai kemahiran dan keupayaan.

Katanya, dengan suasana pekerjaan hari ini yang jauh lebih mencabar dan penuh persaingan, mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan kepimpinan bukannya bergantung dengan sijil dan ijazah semata-mata.

"Saya percaya JCLA berjaya melahirkan penuntut yang komited dan cemerlang.

"Pada masa yang sama, JCLA menyediakan persiapan kepada mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran

Previous
« Prev Post

No comments: