Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

Pelakon Gerak Khas "Detektif Lim" Bebas Tuduhan Curi Buku

  NR       Wednesday, March 28, 2012

PUTRAJAYA 28 Mac – Selepas menunggu ketentuan kesnya selama tiga tahun, pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah lega apabila Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai `Detektif Lim' selepas membenarkan rayuannya.

Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid Amirul mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.

Sementara itu, pelakon tersebut ketika ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan kesyukuran berikutan pembebasannya kerana ia memberinya peluang membersihkan nama yang tercalar di samping memulihkan semula karier yang terjejas.

Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan. - UTUSAN

logoblog

Thanks for reading Pelakon Gerak Khas "Detektif Lim" Bebas Tuduhan Curi Buku

Previous
« Prev Post

No comments: