Tambahan pula boleh dikatakan semua media kelmarin hanya melaporkan pencapaian pelajar cemerlang, terutama yang memperoleh keputusan Gred Cemerlang Tertinggi A+, yang berjumlah seramai 559 pelajar daripada 468,808 calon yang menduduki peperiksaan itu. Setiap kali keputusan diumumkan, tidak kira apa juga peperiksaan, sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau SPM jarang sekali kita memberi perhatian kepada bilangan calon yang tidak cemerlang, apatah lagi mereka yang gagal.
Memang tidak salah bagi mana-mana pihak untuk meraikan kejayaan calon cemerlang. Malah bagi Kementerian Pelajaran sendiri kejayaan pelajar cemerlang itu membuktikan keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan selama ini. Melihat kepada masa depan pelajar cemerlang, mereka sudah pasti mempunyai peluang cerah untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk universiti terkenal di luar negara.
Begitu juga dengan pelajar yang baik dan sederhana, walaupun peluang mereka ini tidak secerah pelajar cemerlang tetapi setidak-tidaknya mereka layak memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Pelajar dalam golongan ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada keluarga, mahupun kerajaan.
Berbeza dengan pelajar yang tidak termasuk dalam golongan itu, terutama calon gagal. Biasanya golongan inilah yang akan menghadapi masalah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Dengan keputusan SPM yang lemah, mereka juga pastinya sukar memperoleh sebarang pekerjaan. Maka, akan wujudlah masalah pengangguran, yang akhirnya mereka terjerumus ke dalam gejala sosial.
Oleh itu, sesuatu harus dilakukan agar lepasan SPM yang gagal tidak terus terpinggir dan membuang masa tanpa melakukan sebarang pekerjaan pada usia muda. Kita mesti menyedarkan mereka bahawa kegagalan di peringkat SPM bukan penamat kepada segala peluang untuk meneruskan pelajaran.
Tentunya ada di kalangan mereka berbakat dan cenderung dalam bidang lain seperti kemahiran, vokasional, teknikal dan pelbagai bidang lain yang turut menjanjikan masa depan yang cerah. Mereka mesti sedar bahawa bidang kemahiran kini banyak disediakan kerajaan menerusi agensinya seperti kolej di bawah MARA, kolej komuniti dan Institut Kemahiran Belia.
Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak, tidak kira sama ada kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu untuk memastikan tiada pelajar tercicir hanya disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pengajar. Info: Dapatkan bantuan Guru Kaunselor di sekolah, guru-guru untuk laluan seterusnya. Kejayaan bukan milik orang yang pandai / cemerlang tapi milik orang yang sentiasa berusaha. Teruskan berusaha ! Berbahagialah orang yang gagal tetapi pernah berusaha.
Pengajar. Info: Dapatkan bantuan Guru Kaunselor di sekolah, guru-guru untuk laluan seterusnya. Kejayaan bukan milik orang yang pandai / cemerlang tapi milik orang yang sentiasa berusaha. Teruskan berusaha ! Berbahagialah orang yang gagal tetapi pernah berusaha.
No comments:
Post a Comment