Powered by Blogger.

Sunday, March 04, 2012

Pelajar perlu kuasai sains dan teknologi

  NR       Sunday, March 04, 2012

TEMERLOH 3 Mac - Karnival Sains, Pendidikan dan Jejak Inovasi 2012 peringkat daerah selama tiga hari yang bermula semalam diharap mampu mencetuskan minat pelajar terhadap pendidikan sains dan teknologi.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, karnival yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh itu memberi ruang terhadap para pelajar yang dikatakan kurang berminat terhadap sains dan teknologi.

Menurutnya, negara memerlukan modal insan dalam kedua-dua bidang itu bagi merealisasikan impian untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Kita berharap kehadiran calon Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed yang menyampaikan ceramah pada karnival tersebut mampu menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk menerokai bidang sains dan teknologi.

"Selain Faiz, Petrosains dan Pusat Sains Negara turut membuat pameran berkaitan kepentingan sains dan teknologi dalam industri serta pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertandingan Choral Speaking di Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin di sini semalam.

Menurutnya, karnival itu adalah yang terbesar sejak 10 tahun lalu dengan melibatkan 3,000 pelajar dari 92 sekolah menengah dan rendah daerah ini.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, program itu diharap meningkatkan motivasi pelajar sekali gus membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan nanti.

Dalam pada itu, Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh, Asiah Hamzah berharap program tersebut mencapai matlamatnya iaitu memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengaplikasi ilmu sains yang dipelajari di sekolah untuk kehidupan seharian.

"Kita mahu para pelajar menterjemahkan ilmu diperoleh di sekolah melalui aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

"Melalui kedua-dua acara itu sudah tentu akan meningkatkan lagi prestasi serta menambah pengalaman dan ilmu mereka selepas ini," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Pelajar perlu kuasai sains dan teknologi

Previous
« Prev Post

No comments: