Powered by Blogger.

Saturday, March 03, 2012

Program mobiliti pelajar perlu struktur jelas dan komprehensif: Khaled

  NR       Saturday, March 03, 2012

PUTRAJAYA: Satu struktur yang jelas dan komprehensif termasuk sistem pemindahan kredit yang diiktiraf perlu dibangunkan untuk menjayakan program mobiliti pelajar di rantau ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini. 

Beliau berkata, kejayaan program ini selalunya bergantung pada silibus, struktur dan cara pemindahan kredit bagi satu-satu program akademik yang ditawarkan.
"Program mobiliti pelajar mesti membabitkan pemindahan kredit, kalau tidak pelajar tidak mencukupi kredit untuk lulus.

"Sehubungan itu, satu sistem pemindahan kredit yang jelas dan seragam perlu dibangunkan sebagai panduan dalam melaksanakan program mobiliti ini," katanya pada majlis pelancaran Program Mobiliti Pelajar Malaysia-China di sini. 

Menerusi program itu, seramai 20 pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan bertolak ke China pada Ahad ini selama enam bulan. 

Mereka akan mengikuti program pertuturan bahasa Cina selama tiga bulan di Beijing Sport University dan melaksanakan latihan industri selama tiga bulan di syarikat dan universiti yang terpilih.

- Berita Harian
logoblog

Thanks for reading Program mobiliti pelajar perlu struktur jelas dan komprehensif: Khaled

Previous
« Prev Post

No comments: