Powered by Blogger.

Wednesday, April 18, 2012

Graduan ILP Jadi Rebutan Industri Tenaga Mahir Pelbagai Bidang

  NR       Wednesday, April 18, 2012

KUALA TERENGGANU - Graduan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu diyakini dan menjadi rebutan pihak industri, khususnya bagi yang memerlukan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Syed Mohd Nor Syed Md Ali berkata, ia berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada bekas pelajar institusi itu yang berdaftar dengan Persatuan Alumni ILPKT yang kini berjumlah 1,305 orang.

Menurutnya, berdasarkan statistik kebolehpasaran pekerjaan pelajar ILP Kuala Terengganu keluaran 1/2011, 88.33 peratus telah bekerja dan hanya 11.67 peratus yang masih belum bekerja.

“Statistik ini menunjukkan, antara faktor mereka yang masih tidak bekerja adalah kerana jawatan yang ditawarkan tidak sesuai (37 peratus), bidang tugas tidak sesuai (33 peratus), tidak mahu berhijrah dari tempat asal (17 peratus) dan gaji ditawarkan tidak sesuai (13 peratus).

“Ini menunjukkan peratus kebolehkerjaan pelajar lepasan ILP Kuala Terengganu adalah sangat tinggi dan mereka yang tidak bekerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor lain yang jumlahnya adalah kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Karnival Kerjaya ILP Kuala Terengganu 2012 yang diadakan di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah ILP Kuala Terengganu, Abdul Halim Abdul Rahman.

Jelas beliau, apa yang membanggakan pihaknya, kecemerlangan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang tertua di Pantai Timur itu, terbukti dengan pelbagai kejayaan yang ditempa.

“Pada Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) yang lalu, JTK melalui ILP Kuala Terengganu telah memenangi dua pingat perak dalam bidang ‘Joinery’ dan ‘Electrical Installation’ serta satu pingat gangsa bagi bidang ‘Wall’ dan ‘Floor Tiling’.

“Terkini, dua pelajarnya terpilih untuk mewakili negara dalam Pertandingan Kemahiran Asean iaitu bagi bidang ‘Joinery’ dan ‘Electrical Installation’ yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada Oktober 2012 akan datang,” katanya.

Menurutnya, kejayaan yang ditempa itu perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan institusi kemahiran itu akan terus melahirkan tenaga mahir yang berkualiti.

- Sinar Harian
logoblog

Thanks for reading Graduan ILP Jadi Rebutan Industri Tenaga Mahir Pelbagai Bidang

Previous
« Prev Post

No comments: