Powered by Blogger.

Tuesday, April 17, 2012

Lisa Surihani & Suaminya, Yusri KRU Jadi Cikgu di SMK Pendamaran Jaya

  NR       Tuesday, April 17, 2012

Pengalaman sebagai guru sandaran mengajar aktres Lisa Surihani untuk mendidik para pelajar tingkatan 1 Usaha, SMK Pendamaran Jaya bersempena program "Teach for Malaysia" pada Isnin.

Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.

KLANG: Semalam sukar dilupakan murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini apabila selebriti terkenal tanah air, Yusri KRU serta isterinya, Lisa Surihani yang juga pelakon, menyumbang bakti menjadi guru sukarela dalam program Teach For Malaysia (TFM) di sekolah mereka. 

Lisa yang berkelulusan undang-undang Universiti Aberystwyth, United Kingdom mengajar Geografi tingkatan satu, manakala Yusri yang juga pengarah dan komposer mengajar Bahasa Inggeris di kelas berlainan. Mereka mengajar selama satu jam, dibantu seorang felo Yayasan TFM.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 23 Februari lalu itu hadir kira-kira jam 3.30 petang, disambut dengan sorakan lebih 400 pelajar serta guru sekolah berkenaan.

“Saya pernah mengajar di sekolah antarabangsa selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2003 hingga 2006 sebagai guru gantian, namun pengalaman menjadi guru sukarela di sekolah ini nyata berbeza dan menjadikan saya gementar," kata Lisa ketika ditemui selepas mengajar. 

Yusri pula berharap program itu dapat menarik lebih ramai sukarelawan, terutama di kalangan artis untuk memberi khidmat pendidikan kepada pelajar. 

“Ini program yang menarik dan harap diteruskan sepanjang masa. Untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, kerjasama semua pihak tanpa melihat latar belakang amat diperlukan,” katanya. 

Program perintis bermatlamat untuk transformasi bidang pendidikan negara yang mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pelajaran itu anjuran Yayasan TFM bermula Januari lalu.

- BH

logoblog

Thanks for reading Lisa Surihani & Suaminya, Yusri KRU Jadi Cikgu di SMK Pendamaran Jaya

Previous
« Prev Post

No comments: