Powered by Blogger.

Tuesday, April 17, 2012

PSKPP Mukah Juara Bola Jaring Piala Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad

  NR       Tuesday, April 17, 2012

Dr Leo merakam gambar kenangan bersama pasukan juara dan tetamu selepas pertandingan akhir.

DALAT: My PSKPP Mukah muncul juara Pertandingan Bola Jaring Piala Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad pada hari Jumaat petang.

Pada perlawanan akhir pasukan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Mukah ini membelasah PERKEP IPD Mukah, 13-1.

Dengan kemenangan itu, PSKPP membawa pulang wang tunai RM600, piala Kejuaraan dan pingat, sementara PERKEP, berpuas hati dengan RM500, piala  dan pingat.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Voice Mail dan memperolehi RM400, piala dan pingat, dengan tempat ke empat dimenangi oleh pasukan Under-18 yang memperolehi RM200 dan pingat.

Upacara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mukah, Dr. Toyad di Stadium Perpaduan Dalat.

Dikenali sebagai Karnival Bola Jaring, kejohanan yang diadakan pada setiap hujung minggu semenjak 7 Mac lalu itu, telah disertai oleh lapan buah pasukan daripada Daerah Mukah dan Dalat.

Dr. Toyad yang menyata kesyukurannya  atas kejayaan kejohanan yang julung kali diadakan itu  berharap ia akan menjadi titik pemulaan untuk menjadikan ia sebagai aktiviti tahunan, bersama dengan pertandingan Futsal yang sedang berjalan di stadium tersebut.

Kejohanan bola jaring itu adalah anjuran bersama  SABERKAS Mukah dan Belia-Belia Daerah Dalat.

Juga hadir pada pertandingan akhir ialah Timbalan  Residen Mukah(Social) Philip Peter Salam, Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Cr. Haji Kenil Haji Jeraiee, Pengerusi Penganjur, Norazryna Abdul Rahman, Pegawai Pentadbir, Josie Demay, Ketua Wanita PBB Dalat, Cr. Hadiah Jeraie, Ketua Wanita PBB Balingian, Hajah  Jaidah Bujang, Pengerusi  SPDP Balingian , Dairi Matzen dan Penghulu Ling.

- Sarawak Update, 14 April 2012

logoblog

Thanks for reading PSKPP Mukah Juara Bola Jaring Piala Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad

Previous
« Prev Post

No comments: