Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

Maktab Koperasi Malaysia & OUM Jalin Kerjasama

  NR       Sunday, April 22, 2012

Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu tentang potret Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Menteri Koperasi pertama negara kepada Idris Ismail pada Majlis Perasmian Dewan Abdul Aziz Ishak di MKM, Petaling Jaya, dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 April - Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan bekerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk mengadakan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang memfokuskan pengajian pengurusan koperasi secara e-Pembelajaran jarak jauh pada Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama ini adalah bagi menimba pengalaman untuk mengendalikan pengajian jarak jauh pada masa akan datang.

''MKM sedang berusaha untuk memperkenalkan program Sijil Pengurusan Koperasi kepada semua warga koperasi di seluruh Malaysia melalui konsep pembelajaran atas talian.

''Pembelajaran atas talian ini diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang bekerja menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,'' katanya pada majlis pertukaran perjanjian persetujuan (MoA) antara MKM dan OUM di Auditorium Datuk Abd. Majid, MKM, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datin Mahani Tan Abdullah; Timbalan Pengerusi MKM, Datuk Md. Yusof Samsudin; Presiden OUM, Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali dan Ketua Pengarah MKM, Idris Ismail.

Menurut Ismail Sabri, menerusi perjanjian tersebut, MKM akan menyediakan silibus pengurusan koperasi yang menjadi subjek elektif wajib kepada pelajar dalam program itu.

''Sebagai balasan, OUM bersetuju memberi potongan sebanyak 20 peratus terhadap yuran pengajian pelajar daripada warga koperasi yang mengikuti program tersebut,'' katanya.

Sebelum itu, Ismail Sabri merasmikan nama baru Dewan Serbaguna MKM kepada Dewan Abdul Aziz Ishak bagi memperingati dan menghargai jasa Menteri Koperasi yang pertama di negara ini.

Beliau dilantik menjawat jawatan itu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 1955.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Maktab Koperasi Malaysia & OUM Jalin Kerjasama

Previous
« Prev Post

No comments: