Powered by Blogger.

Saturday, April 21, 2012

Pembantu Am Sekolah Maut Akibat Demam Denggi

  NR       Saturday, April 21, 2012

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja am di sebuah sekolah di Pahang dilaporkan maut akibat demam denggi pada minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati kediaman wanita berusia 41 tahun tersebut merupakan lokaliti wabak denggi.

“Mangsa ini merupakan kes yang ke empat yang dilaporkan di situ. Hasil pemeriksaan mendapati kadar pembiakan Aedes di tempat kediaman pesakit adalah tinggi iaitu 3.2 peratus.

“Pembiakan dijumpai di dalam dua bekas plastik dan dua bekas tong cat. Tindakan penguatkuasaan telah diambil kepada empat pemilik premis yang membiak Aedes di mana kesemuanya telah dikenakan kompaun maksima RM500,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata, orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan meluangkan masa selama 10 minit seminggu bagi mencari serta memusnahkan tempat pembiakan Aedes.

Menurutnya, masyarakat perlu sedar bahawa tanggungjawab untuk membasmi demam denggi bukan hanya oleh pihak Kementerian Kesihatan atau pihak yang berwajib semata-mata.

Tetapi kata beliau, ia adalah tanggungjawab bersama individu dan masyarakat setempat juga perlu tahu bahawa tempat pembiakan Aedes di rumah jiran juga memberi risiko denggi kepada mereka.
logoblog

Thanks for reading Pembantu Am Sekolah Maut Akibat Demam Denggi

Previous
« Prev Post

No comments: