Powered by Blogger.

Friday, April 27, 2012

Pemuda Dipenjara 10 Tahun Kerana Sebabkan Kematian Pelajar Tingkatan 3

  NR       Friday, April 27, 2012
KUCHING, 20 April (Bernama) -- Seorang pemuda berusia 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan 3, tahun lepas.

Hakim Yew Jen Kie menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Abang Ibrahim Abang Ahmad kerana menyebabkan kematian Taufik Ibrahim, 15, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya di daerah Samarahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan antara pukul 1 dan 2 petang pada 15 Jan, 2011.

Hukuman terhadap Abang Ibrahim, seorang penganggur, berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 18 Jan 2011.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul mangsa di kepala dengan menggunakan sebatang kayu sehingga tidak sedarkan diri dan kemudian mangsa ditanam dalam lubang sedalam 0.5 meter, tidak jauh dari rumah mangsa.

Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian.

-- BERNAMA, 20 April 2012
logoblog

Thanks for reading Pemuda Dipenjara 10 Tahun Kerana Sebabkan Kematian Pelajar Tingkatan 3

Previous
« Prev Post

No comments: