Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

PTPTN: Aktivis "Occupy Dataran", Fahmi Reza Dibebaskan

  NR       Sunday, April 22, 2012
KUALA LUMPUR:  Aktivis ‘Occupy Dataran’ Fahmi Reza yang ditahan awal pagi tadi dibebaskan sekitar jam 3 petang tadi.

Sebelum ini beliau dan seorang lagi siswa – Umar Mohd Azmi turut ditahan polis. Namun Umar kini masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Syahredzan Johan, Azira Aziz dan Puspawati Rosman.


“Fahmi dibebas jam 3 petang dengan jaminan polis. Namun majistret telah mengarahkan siasatan terhadap Umar dan berkemungkinan ia akan selesai hari ini. Harap tiada penahan akan dibuat terhadap umar,” kata Hasbeemasputra Abu Bakar dari Suaram kepada FMT.

Salah seorang penganjur Lew Pik Boon pada sidang medianya pagi tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan Umar.

Menurut Lew, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi dan beberapa aktivis lain turut berada di sana bagi memberi sokongan.

“Dua rakan kami telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi tanpa menjelaskan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan dibela oleh tiga peguam.

“Aktivis lain turut memberi sokongan dengan hadir di hadapan balai polis untuk meminta mereka dibebaskan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut laman sosial twitter, Fahmi dan Umar ditahan jam 8 pagi tadi apabila pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis menahan kedua-dua mereka yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Malah pihak DBKL turut mengepung dan kemudiannya merampas khemah milik aktivis Occupy Dataran terbabit.

Para aktivis Occupy Dataran ini turut berkhemah bersama kumpulan siswa sejak seminggu lalu, namun memberi ruang kepada konsert diraja yang diadakan malam tadi.

Walau bagaimanapun aktivis Occupy Dataran kembali berkhemah selepas selesai konsert berkenaan yang berakhir malam tadi.

Occupy Dataran menuntut Dataran Merdeka dijadikan sebagai tempat awam untuk berkumpul dan berhimpun.

Sumber: Free Malaysia Today
logoblog

Thanks for reading PTPTN: Aktivis "Occupy Dataran", Fahmi Reza Dibebaskan

Previous
« Prev Post

No comments: