Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

PM Dijadual Rasmi Bangunan Baru SJK Thai Kwang di Sibu, 27 April

  NR       Sunday, April 22, 2012

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang di Jalan Lanang di sini pada 27 April ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang juga Ahli Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King pada sidang media semalam.

Turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

“Upacara gilang-gemilang majlis perasmian bangunan sekolah terbabit dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujar beliau.

Tiong yang juga Pengerusi Pengurusan Lembaga Sekolah SJK Thai Kwang berkata, pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan merupakan projek pembangunan semula yang menelan kos kira-kira RM12 juta.

Projek terbabit, jelas beliau, melibatkan tiga fasa, dengan pembinaan bilik kelas, dewan serba guna, kantin, dewan teater, makmal komputer dan bilik sumber serta teknologi maklumat.

“Bagi fasa pertama, projek tersebut menelan kos RM1.5 juta, RM4 juta bagi fasa kedua dan RM7.5 juta untuk fasa ketiga,” jelas beliau.

- UB
logoblog

Thanks for reading PM Dijadual Rasmi Bangunan Baru SJK Thai Kwang di Sibu, 27 April

Previous
« Prev Post

No comments: