Powered by Blogger.

Sunday, April 01, 2012

PTPTN Lulus Pinjaman RM43.6b Kepada 1.95j Peminjam Sejak Ditubuhkan

  NR       Sunday, April 01, 2012

TEMERLOH 30 Mac - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meluluskan pinjaman pendidikan berjumlah RM43.6 bilion kepada seramai 1.95 juta peminjam sejak ia mula ditubuhkan sehingga akhir Februari lalu.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan untuk tahun ini sahaja dijangka mencecah RM5 bilion lagi iaitu membabitkan RM3.37 bilion diberikan kepada peminjam atau penerima sedia ada dan sebanyak RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru.

Katanya, pinjaman itu bagi membolehkan para pelajar membiayai pelajaran masing-masing tanpa menghadapi sebarang masalah dan ia merupakan agenda utama kerajaan dalam memperkasakan pendidikan negara.

‘‘Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 29 Februari lalu pula berjumlah RM598.22 juta membabitkan 1.2 juta pemegang akaun tersebut dan jumlah itu tidak termasuk pengeluaran simpanan sebanyak RM38.44 juta.

‘‘Kadar dividen SSPN bagi 2011 adalah sebanyak 3.75 peratus membabitkan jumlah RM16.4 juta telah dikreditkan ke dalam 1.08 juta akaun pendeposit pada 14 Januari tahun ini,” kata Ismail.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permuafakatan Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, dekat sini hari ini.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading PTPTN Lulus Pinjaman RM43.6b Kepada 1.95j Peminjam Sejak Ditubuhkan

Previous
« Prev Post

No comments: