MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Columba Miri akan menganjurkan kejohanan olahraga tahunan kali ke-57 bertempat di Stadium Terbuka Miri pada 25 hingga 26 April ini.
Kejohanan olahraga tersebut dijangka akan disertai lebih 1,400 pelajar yang dibahagikan kepada kategori tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan menengah atas untuk lelaki dan perempuan.
Antara objektif penganjuran termasuklah bagi mencungkil bakat atlet-atlet muda dan membuka peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan.
Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin dijangka akan merasmikan kejohanan berkenaan pada 25 April, jam 8 pagi.
- UB
No comments:
Post a Comment