Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

PM Luluskan Peruntukan RM1j Untuk SM Yu Tuan

  NR       Sunday, April 22, 2012

Saranan kepada pelajar untuk bersaing di peringkat global

SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan golongan pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) terutama ketika berada di bangku sekolah.

Menurut beliau, keupayaan menguasai pelbagai bahasa lain seperti Mandarin akan memberi kelebihan kepada mereka apabila hendak mencari pekerjaan ataupun menceburi bidang perniagaan.

“Saya memang menggalakkan pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa kerana dengan kebolehan ini, kita dapat menjadi warganegara global yang boleh berjaya di peringkat seantero dunia.

“Dan, Mandarin adalah antara bahasa yang terkemuka di dunia selain BI. Dengan keupayaan menguasai ketiga-tiga bahasa ini (BM, BI, Mandarin), kita mempunyai kelebihan dalam dunia yang semakin hebat persaingannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Serbaguna Sekolah Menengah (SM) Yu Yuan di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin, Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah dan Pengerusi Lembaga Pengelola SM Yu Yuan, Ramona Lai Ai Fong.

Menurut Najib, meskipun sekolah persendirian, namun SM Yu Yuan telah menyediakan para pelajarnya untuk melalui proses pendidikan menggunakan kurikulum kebangsaan dengan mengambil dua peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, dengan kadar pencapaian tahunan antara 95-100 peratus kelulusan pada dua peperiksaan itu, sekolah tersebut boleh dianggap berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada masa depan negara.

Pada majlis itu, beliau telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan bangunan serbaguna yang akan digunakan oleh pelajar untuk pendidikan jasmani dan aktiviti fizikal luar bilik darjah.

SM Yu Yuan yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sekolah menengah persendirian Cina yang pertama di Sabah. Dengan keluasan 10.38 ekar, sekolah itu kini mempunyai 1,023 pelajar dan dilengkapi dewan serbaguna, bangunan pentadbiran dan pengurusan serta tiga blok bilik darjah.

- UB
logoblog

Thanks for reading PM Luluskan Peruntukan RM1j Untuk SM Yu Tuan

Previous
« Prev Post

No comments: