Powered by Blogger.

Tuesday, April 03, 2012

Tangisan Ibu Iringi Ops Ponteng PPD Pasir Puteh

  NR       Tuesday, April 03, 2012

Pasir Puteh – Kira-kira 15 pelajar tingkatan empat dan lima dari daerah Pasir Puteh telah ditahan dalam Ops Ponteng Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh tengahari semalam.

Timbalan PPD Pasir Puteh, Harun Yusof berkata, operasi empat jam itu  berjaya mengesan pelajar di beberapa kawasan termasuk di Hutan Lipur Jeram Pasu.

“Pelajar ini ditahan hasil pemantauan di mengikut kawasan Gaal, Semerak dan Selising. Tiga daripadanya adalah pelajar dari Pintu Geng, Kota Bharu ketika ditahan bersama enam pelajar dari Semerak di Hutan Lipur Jeram Pasu.

“Kesemua pelajar yang ditahan dibawa ke ke PPD Pasir Puteh untuk sesi kaunseling dan ujian urin, namun semuanya negatif dadah,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan semalam.

Harun berkata, Gerak Gempur Anti Ponteng Sekolah  tersebut disertai oleh 60 kakitangan daripada Polis Di Raja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Daerah Pasir Puteh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan , Pejabat Agama dan Pejabat Kesihatan.

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar serta membantu mereka mengubah masa depan.

“Ini adalah cara untuk kami membantu pelajar yang terjebak dengan gejala ponteng, agar mereka menyedari bahawa ia suatu perkara yang memberi impak negatif untuk masa depan mereka.

“Kami juga berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengurangkan gejala ini,” katanya.

Terdapat segelintir ibu bapa pelajar tersebut yg menangis dan pengsan melihat anak- anak mereka ditahan akibat ponteng.

Pelajar terbabit kemudiannya diserahkan kepada ibu bapa masing- masing untuk dibawa pulang.

- Detik Perubahan
logoblog

Thanks for reading Tangisan Ibu Iringi Ops Ponteng PPD Pasir Puteh

Previous
« Prev Post

No comments: