Powered by Blogger.

Tuesday, April 03, 2012

Kerjasama MoU Unimas, Universiti Yamaguchi & Tokuyama Corporation, Jepun

  NR       Tuesday, April 03, 2012

SAMARAHAN, 29 Mac (Bernama) -- Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Khamis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) masing-masing dengan Universiti Yamaguchi dan Tokuyama Corporation dari Jepun bagi kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Pada majlis itu, Unimas diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid manakala Universiti Yamaguchi oleh Naib Presidennya Prof Dr Hiroshi Matsuda dan Tokuyama Corporation oleh Penasihatnya Seiichi Shiraga.

Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal Sarawak Datuk Len Talif Salleh menyaksikan majlis pemeteraian MoU itu.

MoU antara Unimas dan Universiti Yamaguchi membabitkan pertukaran pelajar dan staf, projek penyelidikan bersama dan perundingan, maklumat dan penerbitan akademik dan penganjuran persidangan dan seminar bersama.

Dalam MoU dengan Tokuyama Corporation, syarikat gergasi itu akan menawarkan dua biasiswa untuk lulusan Unimas melanjutkan pelajaran di Universiti Yamaguchi, geran bagi kajian kuasa berkualiti di Malaysia dan cadangan bagi penyelesaian keperluan kuasa bagi Tokuyama Sarawak, yang sedang membangunkan kilang silikon polikristalin di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Kerjasama MoU Unimas, Universiti Yamaguchi & Tokuyama Corporation, Jepun

Previous
« Prev Post

No comments: