Powered by Blogger.

Friday, April 27, 2012

Tindakan Pembangkang Mansuh PTPTN Hanya Raih Undi

  NR       Friday, April 27, 2012

Saudara Pengarang, 

Tindakan pembangkang mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya berjaya menubuh kerajaan dilihat bakal mengundang padah kepada sistem pendidikan di negara ini.

Pada saya, janji yang ditabur oleh pembangkang hanya untuk meraih undi semata-mata memandangkan Pilihan Raya Umum-13 semakin hampir.

Jika benar mereka berhasrat berbuat demikian kenapa tidak kemukakannya sebelum ini dan mengapa baru kini isu tersebut muncul di saat negara menghitung hari untuk mengadakan pilihan raya umum.

Sebelum ini, saya melihat ramai pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak hadir kerana mereka tidak membayar yuran dan sikap tidak ambil peduli tentang kemudahan yang disediakan kerajaan menjadikan pelajar hanya hadir untuk mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran teras sahaja.

Saya rasa amat tidak wajar untuk memberi pendidikan percuma kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) kerana masalah ponteng kelas akan semakin ketara dan pelajar tidak menumpukan kepada pelajaran sepenuhnya kerana tiada pengorbanan yang perlu dilakukan mereka.

Yuran pengajian dan pinjaman yang ada sekarang sebenarnya merupakan satu pelaburan yang dilakukan pelajar untuk mereka mendapatkan segulung ijazah dan mengukir kejayaan hasil pengorbanan dilakukan.

Sikap segelintir pemimpin pembangkang yang menyokong perhimpunan pelajar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini amat mengecewakan.

Mereka sepatutnya menyuruh kumpulan pelajar terlibat pulang ke kampus masing-masing dan bukannya mendirikan khemah di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Saya menyeru kepada kerajaan agar tidak memanjakan golongan muda hari ini kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara kelak.

Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang pelajar itu akan menjadikan kejayaan dikecapi satu anugerah yang cukup bernilai hasil daripada titik peluh sendiri.


CIKGU PRIHATIN
Jerantut

Utusan Pahang, 27 April 2012
logoblog

Thanks for reading Tindakan Pembangkang Mansuh PTPTN Hanya Raih Undi

Previous
« Prev Post

No comments: