Powered by Blogger.

Friday, April 27, 2012

Murid OKU Alami Masalah Mental Tahun 6 Dirogol Lelaki Bermotosikal

  NR       Friday, April 27, 2012
BESUT- Kekerapan kejadian rogol membabitkan remaja bawah umur di daerah ini sejak kebelakangan ini menuntut perhatian semua pihak dalam menangani isu ini secara bersama.

Selepas tersiar berita seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di rogol dua kali di dalam sebuah kereta dekat Kuala Besut kelmarin, satu lagi kejadian rogol membabitkan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU).

Dalam kejadian terbaru, murid tahun enam berusia 14 tahun dari sebuah sekolah rendah yang mengalami masalah mental itu didakwa dirogol seorang lelaki yang menjemputnya menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian Ahad lalu itu disedari ibu mangsa yang mendapati anaknya tidak ke sekolah.

Menurutnya, pada hari kejadian, ibu mangsa telah ke sekolah anaknya pada jam 11.45 pagi dan mendapati anaknya tidak ada di situ.

“Dia dimaklumkan mangsa hanya datang sekejap ke sekolah, sebelum mengikuti seorang lelaki menaiki motosikal,” katanya

Kamaruddin berkata, ibu mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah telah mencari mangsa dan pada jam 12.36 tengah hari, dia menemui anaknya merayau-rayau berhampiran jejantas Kampung Padang Luas dekat Jertih.

Menurutnya, selepas ditanya ibunya, mangsa memberitahu telah dirogol lelaki terbabit di rumah lelaki itu yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah mangsa.

“Ibu mangsa yang tinggal di sebuah taman perumahan dekat Kampung Padang Luas, Jertih kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jertih,” katanya.

Susulan daripada laporan tersebut polis telah menahan suspek berusia 20-an di Kampung Air Terjun untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

- SH

logoblog

Thanks for reading Murid OKU Alami Masalah Mental Tahun 6 Dirogol Lelaki Bermotosikal

Previous
« Prev Post

No comments: