Powered by Blogger.

Thursday, May 10, 2012

70% Graduan Kolej Komuniti Sarawak Diserap Ke Pasaran Kerja

  NR       Thursday, May 10, 2012


KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Kira-kira 70 peratus graduan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak, yang memberi tumpuan kepada keperluan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), diserapkan dalam pasaran tenaga kerja dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Amir Md Noor.

Katanya ramai daripada mereka juga memilih untuk menjadi usahawan selepas tamat mengikuti program peringkat sijil dalam bidang fesyen, elektrik, pelancongan, pelukis pelan, landskap dan teknologi maklumat di empat buah kolej komuniti, iaitu cawangan Mas Gading, Kuching, Santubong dan Betong.

"Selain menyediakan latihan Bahasa Inggeris kepada bakal pelajar universiti, Kolej Komuniti turut melantik 12 syarikat tempatan di Sarawak, termasuk dalam bidang pelancongan serta minyak dan gas, supaya menawarkan kursus pemandu pelancong," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Sarawak ke-lapan di sini pada Selasa.

Seramai 239 graduan menerima sijil masing-masing daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu pada majlis tersebut.

Pada peringkat kebangsaan, Amir berkata 85 peratus graduan akan diserapkan dalam pasaran dalam tempoh yang sama.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 70% Graduan Kolej Komuniti Sarawak Diserap Ke Pasaran Kerja

Previous
« Prev Post

No comments: