Powered by Blogger.

Thursday, May 10, 2012

Kursus SHO Penting Untuk Pihak Berkuasa Tempatan - Pengerusi NIOSH

  NR       Thursday, May 10, 2012
KOTA KINABALU: Selaras dengan usaha untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (SHO) dalam kalangan pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), satu seminar mengenai subjek berkenaan akan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bulan depan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, DBKK menjadi PBT pertama di negara ini mendapat manfaat daripada program SHO.

“Kami percaya ia adalah penting untuk pegawai, kakitangan PBT dan pekerja am untuk memahami kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana mereka juga terdedah kepada bahaya di tempat kerja.

“Majikan dan pekerja harus meningkatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep keselamatan, kesihatan dan prinsip,” katanya kepada media selepas majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Pegawai SHO Sesi Kedua 2012 di sini malam Isnin lepas.

Beliau berkata, pihak yang berkaitan harus sedar bahawa SHO adalah cara hidup dan jika boleh ia perlu dijadikan sebagai satu budaya.

Lee berkata, mereka mesti memahami pengamalan SHO adalah sesuatu yang penting dan bukan hanya kerana wujudnya peraturan dan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka yang jika mereka gagal memenuhinya.

Baru-baru ini, tambahnya, Niosh dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun mengadakan perbincangan.

Katanya, kementerian terbabit bersetuju Niosh untuk datang dan membantu mewujudkan kesedaran tentang SHO dalam industri hospitaliti yang mana program kesedaran seumpama itu dilancarkan di Semporna Mac lepas.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuyk melaksanakan satu siri kursus dan program latihan bagi mewujudkan kesedaran SHO dan mahu masyarakat setempat merebut peluang berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini kami mendapat respon dan hasil positif  yang mana antara Januari dan April tahun ini sebanyak empat kursus berjaya dilaksanakan melibatkan seramai 128 orang peserta.

“Bilangan ini juga melebihi sasaran 80 peserta untuk empat sesi latihan yang kita letakkan. Saya percaya, tidak mustahil kita mampu mencapai matlamat 180 peserta selama sembilan sesi di Sabah dan Labuan bagi tahun 2012.

“Malah, kami yakin mampu mencapai sasaran berkenaan pada September atau Oktober tahun ini,” katanya.

- UB
logoblog

Thanks for reading Kursus SHO Penting Untuk Pihak Berkuasa Tempatan - Pengerusi NIOSH

Previous
« Prev Post

No comments: