Powered by Blogger.

Friday, May 11, 2012

Anak Alami Masalah Hilang Ingatan, Hilang Dari Pusat Jagaan

  NR       Friday, May 11, 2012

KUALA LUMPUR: “Saya risaukan keselamatan anak saya yang hilang sejak 25 Mac lalu di pusat jagaan dan sehingga kini tiada khabar mengenainya dan apa membimbangkan adalah dia mengalami penyakit hilang ingatan,” kata Mohd Masrokhin Masruri.

Mohd Masrokhin, 55, berkata anaknya, Muhammad Izzuddin atau Din, 21, hilang ketika masih dalam pengawasan di Pusat Jagaan Darul Atiq selepas sepuluh hari berada di pusat berkenaan.

“Saya dan isteri masing-masing bekerja dan adik-beradiknya yang lain pula sibuk bekerja dan bersekolah. Saya menghantarnya ke pusat jagaan dengan harapan kebajikan serta keselamatannya lebih terjamin,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Masrokhin berkata, dia diberitahu penjaga pusat terbabit bahawa anaknya hilang sejak jam lapan pagi apabila datang ke pusat itu untuk menjenguk Muhammad Izzuddin.

Katanya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami masalah hilang ingatan sejak 2007 dan pernah hilang dari rumahnya pada April 2009 sebelum ditemui anggota polis peronda berhampiran sebuah restoran di Bukit Jelutong.

“Dia seorang yang tidak pandai berdikari dan ini yang sangat merisaukan kami sekeluarga dan sudah sebulan lebih dia belum ditemui,” katanya.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai yang menemui Din segera menghubunginya di talian 019- 3313225, 013-3595916 atau mana-mana balai polis berhampiran.

- hMetro, 10 Mei
logoblog

Thanks for reading Anak Alami Masalah Hilang Ingatan, Hilang Dari Pusat Jagaan

Previous
« Prev Post

No comments: