Powered by Blogger.

Wednesday, May 23, 2012

Azam Md Atan Tokoh Guru Negeri Sembilan 2012

  NR       Wednesday, May 23, 2012

SEREMBAN - Bekas presiden Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Datuk Azam Md Atan dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Sembilan 2012, pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan 2012 di sini malam tadi.

Azam, 59, yang kini telah bersara, dipilih untuk menerima anugerah itu hasil jasa dan sumbangan beliau yang amat besar kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah tersebut yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan Azam berkata, memberi perhatian sepenuhnya terhadap murid merupakan prinsip yang harus dipegang setiap guru.

Katanya, cabaran guru yang semakin bertambah hari ini dengan kepesatan teknologi juga memerlukan kesabaran guru dalam mendidik setiap anak muridnya.

"Guru perlu bersabar, cabaran hari ini semakin bertambah dan murid sekarang memerlukan perhatian yang lebih daripada guru untuk memastikan mereka berjaya," katanya.

Azam yang berasal dari Nilai, dekat sini telah berkhidmat sebagai guru selama 34 tahun di 10 buah sekolah dan menjadi pengetua selama 19 tahun di sembilan buah sekolah. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Azam Md Atan Tokoh Guru Negeri Sembilan 2012

Previous
« Prev Post

No comments: