Powered by Blogger.

Friday, May 11, 2012

Bersih 3.0: Penuntut UiTM Nafi Gambar Sepak Polis Trafik

  NR       Friday, May 11, 2012

PETALING JAYA: “Saya bukan Siswa Ganas dan ini bukan gambar saya yang dirakam menendang seorang polis trafik terjatuh dari motosikal pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Khalid Mohd Ismath, 22, menafikan individu dalam gambar berkenaan yang mengasari pihak berkuasa itu adalah dirinya pada sidang media di pejabat Lawyers For Liberty (LFL), di sini, semalam.

Menurutnya, gambar disiarkan di muka depan beberapa akhbar serta Internet bertajuk Siswa Ganas dan The Flying Kick menyebabkan dia antara individu dikehendaki polis kerana disyaki terbabit menimbulkan kekecohan dan keganasan dalam perhimpunan itu.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai penyiaran gambar lelaki yang didakwa dirinya dirakam menyepak polis trafik terbaring akibat kemalangan pelanggaran dan disyaki mencederakan anggota itu pada 4 Mei lalu.

“Saya terkejut kerana dituduh sebagai Siswa Ganas sedangkan lelaki dalam gambar itu bukan saya berdasarkan pada pakaian, kasut dan gaya rambut,” katanya.

- hMetro, 10 Mei
logoblog

Thanks for reading Bersih 3.0: Penuntut UiTM Nafi Gambar Sepak Polis Trafik

Previous
« Prev Post

No comments: