Powered by Blogger.

Friday, May 11, 2012

Perak Peruntuk RM60,000 Untuk Pembangunan Murid di 134 Buah Sekolah SJKT

  NR       Friday, May 11, 2012

IPOH -- Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60,000 untuk pembangunan murid-murid di 134 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata daripada jumlah itu RM30,000 diperuntukan bagi penganjuran acara sukan antara sekolah terbabit yang merupakan acara tahunan yang diadakan.

Sebanyak RM30,000 lagi adalah bagi mengadakan Klinik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi persediaan murid-murid menghadapai ujian itu tahun ini, katanya ketika berucap pada majlis makan malam Guru-Guru SJKT negeri Perak di kediamannya malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sains dan Teknologi dan Penasihat Menteri Besar Datuk S. Veerasingam.

Beliau berkata peruntukan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Guru Besar SJKT Negeri dan pihak majlis akan mengagih-agihkan peruntukan itu mengikut daerah atau sekolah.

Kita mahu keputusan UPSR terus meningkat lebih baik dari tahun lalu dan kita juga mahukan kualiti pelajar, jadi saya minta guru-guru meneruskan usaha mendidik pelajar-pelajar ini," katanya.

Pada masa ini terdapat 16,000 murid sedang belajar di SJKT di Perak dan lebih 2,300 akan menjalani ujian UPSR tahun ini.

Dalam pada itu, Zambry meminta guru-guru mengesan murid-murid yang tidak mempunyai surat beranak supaya melaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Kita akan usahakan supaya mereka mendapat surat beranak bagi membolehkan mereka membuat kad pengenalan dan menjadi orang yang normal.

"Janganlah anak-anak ini disusahkan kerana kesilapan ibu bapa mereka, jadi kita kena bantu mereka," katanya. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Perak Peruntuk RM60,000 Untuk Pembangunan Murid di 134 Buah Sekolah SJKT

Previous
« Prev Post

No comments: