Powered by Blogger.

Wednesday, May 23, 2012

Calon PMR Nekad Minum Racun Bunuh Diri

  NR       Wednesday, May 23, 2012

LIMBANG: Seorang pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nekad untuk membunuh diri dengan meminum racun rumput jenis paraguat 130 di kediamannya di Kampung Ulu Merasam Jalan Meritam malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu,mangsa ditemui sepupunya terbaring dengan cecair hijau keluar dari mulutnya selepas dipercayai meminum racun tersebut di bahagian dapur rumahnya.

Ketua Polis Daerah Limbang Pemangku Superitenden Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa bertindak untuk membunuh diri kerana tertekan selepas ditegur dan dinasihati ahli keluarganya.

“Ahli keluarga mangsa ada menegur mengenai sikap mangsa yang diberi surat amaran pihak sekolah untuk kali keempat dan berkemungkinan juga akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Selepas tertekan dengan masalah sekolah, mangsa kemudiannya nekad meminum racun rumput dan dikejarkan hospital pada malam kejadian,” katanya.

Mohd Bukhori berkata laporan polis dibuat pada malam Sabtu lepas selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak hospital.

Mangsa katanya akan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh diri.

“Mangsa yang kini dalam keadaan stabil masih dirawat di Hospital Limbang,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo
logoblog

Thanks for reading Calon PMR Nekad Minum Racun Bunuh Diri

Previous
« Prev Post

No comments: