Powered by Blogger.

Saturday, May 05, 2012

Program GIATMARA Akan Terus Bantu Kerajaan Basmi Kemiskinan

  NR       Saturday, May 05, 2012

KUCHING: GIATMARA akan terus giat membantu kerajaan bagi membasmi kemiskinan di bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan program yang mendapat permintaan tinggi.

Pengurus Besar GIATMARA Negeri, Rakawi Nawi berkata, program-program berkenaan termasuk Latihan Mencari Pendapatan (LMP), Program Baiki Rumah (PBR) dan 1AZAM.

Malah, menurutnya, GIATMARA telah diberi tugasan untuk melaksanakan program Azam Khidmat (Perkhidmatan) yang dilaksanakan di seluruh negeri.

“Program ini berkonsep memberi latihan dalam bidang perkhidmatan kepada peserta, membekalkan mereka dengan peralatan asas untuk membolehkan mereka memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Ia sekali gus akan membolehkan mereka mendapat bayaran atau upah bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Peralatan Peserta 1AZAM Fasa 10 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus GIATMARA Zon Selatan Harrie Harezal.

Rakawi berkata, semasa menjalani latihan, peserta juga dibayar elaun gantian sara hidup RM500, tambang pergi dan balik, makanan dan minum serta penginapan.

“Latihan ini dijalankan selama 10 hari secara terus menerus. Kita berharap dengan latihan ini peserta boleh bekerja sendiri atau mendapat pekerjaan,” ujar-nya.

Menurutnya lagi, latihan diberikan merupakan bidang yang mendapat permintaan tinggi masyarakat dan mudah dilaksanakan.

Ia merangkumi kimpalan, dekorasi jubin, simen fero, kerja-kerja bata dan melepa serta menjahit untuk wanita.

“Kita menjangkakan peserta ini mampu menjana pendapatan tambahan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan,” jelasnya.

Rakawi menjelaskan, se-hingga kini seramai 270 peserta berpandukan senarai nama golongan sasar e-Kasih telah dilatih menerusi 10 fasa latihan di Mukah, Miri, Kuching, Sibu, Lundu, Limbang dan Lawas.

- UB
logoblog

Thanks for reading Program GIATMARA Akan Terus Bantu Kerajaan Basmi Kemiskinan

Previous
« Prev Post

No comments: