Powered by Blogger.

Saturday, May 05, 2012

Temuduga Mengikuti 'Kursus Marine Rating' Akademi Maritim Pelita Maslaut di Permy Jaya, Miri 7 Mei

  NR       Saturday, May 05, 2012

SIBU: Golongan belia yang berminat menceburi kerjaya dalam bidang maritim dan pelayaran dipelawa menghadiri temu duga di pejabat Akademi Maritim Pelita Maslaut Sdn Bhd di alamat Lot 7164, Tingkat Satu, Desa Pujut ll, Bandar Baru Permy Jaya, Miri pada 7 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Pelita Maslaut Sdn Bhd, Masni Amit, temu duga tersebut bertujuan memilih golongan belia yang berminat dalam kerjaya sebagai pelaut mengikuti kursus Marine Rating di akademi itu.

“Objektif utama akademi ini ada untuk mendidik, melatih dan melahirkan belia tempatan bagi mendapatkan sijil pelayaran bertaraf antarabangsa,” kata Masni selepas meninjau beberapa pelatih akademi itu yang menjalani latihan mekanikal di sini, semalam.

Kepada ibu bapa pula, katanya, akademi itu akan turut membuktikan bahawa ia mampu melatih anak-anak mereka menjadi pelaut bertaraf antarabangsa selain memantapkan lagi peranan sebagai landasan utama melatih dan mendidik anak-anak tempatan menceburi bidang maritim amnya.

Beliau memberitahu Pelita Maslaut sentiasa meningkatkan keupayaan untuk menjadikan akademi maritim berkenaan terulung setanding Akademi Laut Malaysia (ALAM) di negara ini dan mendidik seberapa ramai belia tempatan menjadi pelaut bertaraf antarabangsa.

Pelita Maslaut merupakan akademi maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menganjurkan kursus Mandatory Maritime STCW 1995.

Pusat latihan akademi itu telah bertapak di Sarawak sejak 2001 dan berjaya melatih beribu pelaut di Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei) serta Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2006, Pelita Maslaut telah memperkenalkan kursus insentif Marine Rating yang telah melahirkan pelaut dan pegawai laut terlatih dengan wujudnya kerjasama bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Global Maritime Venture dan FELCRA Berhad.

Kini Yayasan Sarawak turut memperuntukkan pinjaman pendidikan kepada belia yang berminat menjadi pelaut.

“Selepas tamat latihan, Pelita Maslaut akan menempatkan para pelatih bekerja dan menjalankan latihan amali di atas kapal dengan pendapatan yang lumayan,” katanya.

- UB
logoblog

Thanks for reading Temuduga Mengikuti 'Kursus Marine Rating' Akademi Maritim Pelita Maslaut di Permy Jaya, Miri 7 Mei

Previous
« Prev Post

No comments: