KUCHING: Sarawak dijangka menerima seramai 1,352 orang guru interim yang akan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini.

“Guru-guru interim bagi sekolah rendah dan menengah itu dijangka akan melaporkan diri ke sekolah berkaitan pada 23 Mei 2012.
“Sehingga kini kita mempunyai seramai 89 orang guru interim di SK dan 342 orang pula guru interim di SMK yang sedang berkhidmat manakala tiada guru interim ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,” katanya katanya pada Sesi Soal Jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 di sini, semalam.
Menurut beliau, pada tahun ini tidak ada lagi lantikan guru sandaran atau sementara bagi mengisi kekosongan itu.
Sebaliknya kata Fatimah Kementerian Pelajaran melantik guru interim, iaitu guru siswazah yang memiliki kelulusan pendidikan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng) mengenai bilangan guru-guru yang terdapat di seluruh negeri ini dan berapa bilangan guru yang masih berstatus sementara.
Fatimah dalam pada itu memberitahu bahawa Sarawak kini mempunyai 25,954 guru di SK sementara 14,849 guru di SMK.
“Seramai 22,954 guru di SK dengan jumlah murid 286,272, menjadikan nisbah guru kepada murid adalah 1:11.
“Manakala sekolah menengah pula nisbah guru kepada pelajar adalah 1:14 iaitu seramai 14,849 guru dengan jumlah pelajar 24,636 orang,” tegasnya.
- UB
No comments:
Post a Comment