Powered by Blogger.

Saturday, May 05, 2012

Sarawak Punyai 38,000 Guru, Kebanyakkannya Dari Semenanjung?

  NR       Saturday, May 05, 2012

PUSAT BANDAR, 1 Mei – Kementerian Pelajaran perlu melonggarkan syarat pengambilan guru pelatih di kalangan Orang Ulu khususnya kaum Penan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pendidikan di kalangan masyarakat itu.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, setakat ini jumlah guru pelatih di kalangan kaum Penan terlalu kecil dan memerlukan perhatian serius.

“Bagi saya, kalau anak Penan tak apa, beri kelonggaran kepada mereka. Kenalpasti calon yang layak, tak payah dapat lima kredit dalam SPM, memadailah tiga kredit.”

“Apabila mereka tamat latihan, kita hantar mereka ke kampung halaman di ulu untuk. Apabila dapat gaji besar, barulah mereka sedar betapa pentingya pendidikan dan ini secara tidak langsung akan membantu kerajaan merapatkan jurang pendidikan,” katanya.

William Ghani berkata demikian ketika ditemui hari ini selepas majlis Anugerah Bintang Setia Guru untuk ahli STU yang bersara yang dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu Kementerian Pelajaran sudah meluluskan permohonan mereka untuk mengambil lebih ramai guru pelatih di kalangan orang tempatan.

“Kita mahu mulai tahun ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pelatih adalah terdiri daripada orang Sarawak dan Sabah.”

“Apabila tamat latihan nanti, mereka akan mengajar orang tempatan dan mereka tidak perlu binggung untuk meminta pindah ke negeri asal masing-masing.”

Menurut William Ghani, “bukan kita tidak mahu guru Semenanjung, namun kita mahu lebih ramai guru tempatan dilatih, sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah keseluruhan guru di negeri ini.”

Setakat ini, Sarawak mempunyai kira-kira 38,000 guru dengan kebanyakkan adalah guru dari Semenanjung.

- Miri Today
logoblog

Thanks for reading Sarawak Punyai 38,000 Guru, Kebanyakkannya Dari Semenanjung?

Previous
« Prev Post

No comments: