Powered by Blogger.

Saturday, June 30, 2012

Semua Sekolah Menengah Disasar Tubuh Koperasi Menjelang 2015

  NR       Saturday, June 30, 2012

KUCHING, 28 Jun (Bernama) -- Semua sekolah menengah di negara ini disasar menubuhkan koperasi masing-masing menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim.

Katanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan meningkatkan usaha bagi memastikan sasaran tersebut tercapai.

Koperasi sekolah mempunyai kekuatan tersendiri dan berpontensi untuk diperkukuh serta diperkasa, katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Mega Permata Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, di sini Khamis.

Katanya di Sarawak terdapat 179 koperasi sekolah setakat ini yang mempunyai 214,740 anggota dan modal syer/yuran hampir RM1.33 juta serta aset bernilai RM20.6 juta.

"Berdasarkan rekod SKM Sarawak hanya lapan sekolah di negeri ini belum ada koperasi dan kesemuanya merupakan sekolah mubaligh kerana mempunyai lembaga pengarah sendiri masing-masing," katanya.

Mengulas mengenai kolej itu, Rohani berkata koperasi sekolah terbabit menduduki senarai 10 terbaik di Sarawak dan ke-77 di peringkat kebangsaan daripada kira-kira 2,000 koperasi di seluruh negara.

Sementara itu, Rohani berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Hari Koperasi Negara di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Julai ini, yang dijangka menyaksikan perhimpunan 100,000 peserta.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Semua Sekolah Menengah Disasar Tubuh Koperasi Menjelang 2015

Previous
« Prev Post

No comments: