Powered by Blogger.

Friday, July 20, 2012

150,000 Peluang Kursus Sains Kesihatan Menjelang 2020

  NR       Friday, July 20, 2012

KUALA LUMPUR: Bilangan penuntut dalam bidang sains kesihatan di institusi pengajian tinggi tempatan akan ditingkatkan daripada 55,000 orang sekarang kepada 150,000 orang menjelang 2020, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, ia berikutan terdapat permintaan yang tinggi untuk tenaga profesional dalam bidang itu khususnya di rantau Asia Tenggara. Muhyiddin berkata, rantau Asia Tenggara dijangka mengalami kekurangan 1.2 juta profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dan jumlah itu dijangka terus meningkat kepada 1.8 juta menjelang 2020. 
"Dengan ini lebih banyak peluang pekerjaan khusus untuk para graduan dalam bidang ini bakal tersedia pada masa akan datang," katanya semasa berucap merasmikan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, hari ini. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau yakin dan percaya Malaysia mampu untuk mengambil peranan utama dalam memenuhi permintaan tenaga kerja profesional bidang sains kesihatan. - BERNAMA 
logoblog

Thanks for reading 150,000 Peluang Kursus Sains Kesihatan Menjelang 2020

Previous
« Prev Post

No comments: