Powered by Blogger.

Friday, July 20, 2012

Pelajar STPM & Matrikulasi Peroleh CGPA ≥ 2.8 Boleh Masuk IPTA

  NR       Friday, July 20, 2012

PELAJAR lepasan STPM serta Matrikulasi yang mendapat CGPA 2.8 ke atas mempunyai tempat di IPTA dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

PASIR MAS: pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka. "Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini. - BERNAMA 

logoblog

Thanks for reading Pelajar STPM & Matrikulasi Peroleh CGPA ≥ 2.8 Boleh Masuk IPTA

Previous
« Prev Post

No comments: