Powered by Blogger.

Tuesday, July 24, 2012

Guru Sekolah Rendah Maut Dalam Kemalangan

  NR       Tuesday, July 24, 2012
Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas dilanggar oleh bas mini.

TAWAU: Seorang guru sekolah rendah meninggal dunia selepas kenderaan Myvi yang dipandu oleh suaminya dilanggar oleh sebuah bas mini di Batu 5 Jalan Apas kira-kira jam 6.40 petang Ahad.

Mangsa, Mujahidah Rauf, 34, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dilaporkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Besar Tawau kira-kira jam 12.40 tengah malam kelmarin.

Suaminya, Haslan Husin, 34, yang memandu Myvi terbabit pula cedera di tangan, manakala pemandu bas mini berusia 60 tahun difahamkan tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, bas mini terbabit yang datang dari arah pusat bandar ke Jalan Apas terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Myvi itu.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Pegawai Penyiasat, Inspektor Lahamad Saleng,” katanya yang turut mengesahkan bas mini berkenaan tidak membawa penumpang semasa kejadian.

Sehubungan itu, Ibrahim menasihatkan orang ramai khususnya pemandu kenderaan jenis perdagangan agar lebih mengutamakan keselamatan semasa keluar memandu kenderaan mereka.

Tambahnya, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengelak daripada melakukan sebarang kecuaian hingga boleh mengakibatkan kemalangan dan kes kematian.

- UB
logoblog

Thanks for reading Guru Sekolah Rendah Maut Dalam Kemalangan

Previous
« Prev Post

No comments: