Powered by Blogger.

Tuesday, July 24, 2012

Program Sekolah Amanah di SK Tabuan Tunjuk Kesan Positif

  NR       Tuesday, July 24, 2012

TERTARIK: Fatimah tertarik melihat hasil seni yang dibuat pelajar SK Tabuan sambil diperhatikan oleh Aluyah (dua kanan) dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Jaidah Alek (kanan).


KUCHING: Program Sekolah Amanah yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan berjaya meningkatkan bilangan kehadiran murid ke sekolah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak.

Menurut Guru Besar SK Tabuan Aluyah Salleh, sejak diperkenalkan pada Januari 2011, program itu berjaya meningkatkan bilangan kehadiran kepada 95 peratus berbanging 80 peratus sebelum ini.

“Banyak perubahan berlaku di sekolah ini sejak program itu diperkenalkan. Kita boleh melihat peningkatan pelajar yang mula memahami kepentingan untuk datang ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ke SK Tabuan di sini, semalam.

Aluyah memberitahu, corak pemikiran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan anak-anak mereka juga meningkat beberapa bulan lalu selepas pertemuan antara mereka dan guru sekali gus meningkatkan bilangan kehadiran murid.

“Terdapat kes murid patah lengan dan diberi cuti sakit dua minggu namun murid ini datang sekolah lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan pelajaran.

“Ia merupakan antara kesan daripada keberkesanan program ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah berkata memang tidak dinafikan berlaku banyak perubahan di sekolah itu terutama dalam aspek fizikal.

“Saya bangga dengan perubahan yang berlaku di sekolah ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurutnya program berkenaan sepatutnya diperluaskan ke kawasan lain dengan melibatkan pihak swasta dan korporat dalam membantu menyediakan sumber.

“Sekiranya lebih banyak perubahan dapat dilakukan pada masa akan datang, maka lebih ramai keluarga berpendapatan rendah dapat dibawa keluar dari kepompong kemiskinan,” kata Fatimah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Amir, Azlan Sharom pula berkata sekolah berkenaan bermula pada peringkat lima di bawah ranking Kementerian Pelajaran namun sekarang sudah meningkatkan kepada peringkat empat.

“Kepimpinan kuat dan komitmen guru merupakan resipi terbaik dalam membawa perubahan.

“Kita akan terus melakukan yang terbaik untuk sekolah ini sehingga projek selesai tiga tahun lagi,” ujarnya.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Amir untuk membentuk pengurusan dan kepimpinan berkualiti tinggi.

Selain itu, program berkenaan juga diadakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selain memaksimumkan potensi serta pencapaian pelajar.

Lima sekolah yang terpilih untuk program tersebut merangkumi SK Combined, SK Empila, SMK Bandar Kuching No.2 dan SM Sains Kuching.

- UB
logoblog

Thanks for reading Program Sekolah Amanah di SK Tabuan Tunjuk Kesan Positif

Previous
« Prev Post

No comments: