Powered by Blogger.

Saturday, July 21, 2012

IOI Properties Berhad Peruntuk RM30 Juta Bangun Sekolah Swasta di Puchong

  NR       Saturday, July 21, 2012

IOI Properties Berhad memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kemudahan sekolah antarabangsa swasta di kawasan perumahan mewahnya, 16 Sierra yang dijangka meningkatkan perolehan syarikat itu menjelang 2014.

Pengurus Besar Kanannya, Tan Ken Seng berkata, pelaburan berkenaan juga akan meningkatkan kadar pembelian rumah berkenaan kepada hampir 100 peratus berbanding 20 peratus buat masa ini.

“Kami yakin dengan adanya aset ini kelak, ia akan dapat meningkatkan perolehan termasuk jumlah pembelian rumah dua tingkat dan tiga tingkat yang ditawarkan di sini.

“Pada masa sama, ia akan menjadi sekolah antarabangsa pertama di Puchong yang dapat melengkapi keperluan penduduk sekali gus mampu menarik lebih ramai pasaran pembeli,” katanya selepas memeterai perjanjian kerjasama bersama Rafflesia Education Group di Selangor, semalam.

Perjanjian ditandatangani beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Rafflesia Education Group, Teh Siew Lan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, Pengarah Harta IOI Properties Berhad, Teh Chin Guan dan Pengerusi Rafflesia Education Group, A Shukor S A Karim.

Beliau berkata, sekolah empat blok itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan lima ekar.

“Dua blok akan dibina dengan empat tingkat dan dua lagi dengan lima tingkat bagi memenuhi pembelajaran prasekolah, sekolah rendah dan menengah,” katanya.

- Harian Metro

logoblog

Thanks for reading IOI Properties Berhad Peruntuk RM30 Juta Bangun Sekolah Swasta di Puchong

Previous
« Prev Post

No comments: