Powered by Blogger.

Thursday, July 19, 2012

Kegagalan Graduan Tempatan Tepati Kehendak Pasaran, Malaysia Terpaksa Import 2,000 Pakar ICT Setiap Tahun

  NR       Thursday, July 19, 2012

MELAKA: Kegagalan graduan Teknoloji Maklumat dan Komunikasi (ICT) tempatan menepati kehendak pasaran menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport sehingga 2,000 tenaga profesional ICT setiap tahun.

Presiden Persatuan Technoprenuers Malaysia (TeAM) Aziz Ismail berkata setiap tahun seramai 1,000 hingga 2,000 tenaga profesional ICT diambil dari luar negara seperti Singapura dan Vietnam bagi menampung permintaan di negara ini.

Beliau berkata skop kerja seperti pengaturcaraan dan pembekalan kandungan memerlukan tenaga pakar yang ramai disebabkan kemajuan teknologi kini lebih cen-derung ke arah permintaan perisian berbanding perkakasan.

Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan Meja Bulat Ketua-ketua Pegawai Ekse-kutif (CEO) 2012, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini semalam.

Justeru, beliau berkata TeAM telah melaksanakan pelan kerjasama dengan insititusi pengajian tinggi (IPT) tempatan termasuk UTeM bagi memastikan graduan ICT yang dilahirkan menepati kehendak pasaran industri semasa.

Katanya, kerjasama tersebut termasuk khidmat nasihat mengenai mata pelajaran ICT berdasarkan keperluan semasa supaya semua graduan bidang terbabit boleh diterima di pasaran pekerjaan serta mengelak pengangguran.

Persidangan meja bulat disertai oleh CEO dari 10 industri dan organisasi dari Malaysia, Taiwan dan Singapura. — Bernama
logoblog

Thanks for reading Kegagalan Graduan Tempatan Tepati Kehendak Pasaran, Malaysia Terpaksa Import 2,000 Pakar ICT Setiap Tahun

Previous
« Prev Post

No comments: