Powered by Blogger.

Saturday, July 14, 2012

PPKS Mukah Terima Kunjungan Daripada Beberapa Wakil Agensi Kerajaan

  NR       Saturday, July 14, 2012

MUKAH: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah menerima kunjungan daripada beberapa wakil agensi kerajaan yang ingin mengetahui dengan lanjut kemudahan latihan yang ada di pusat terbabit, kelmarin.

Kunjungan terbabit diketuai oleh Pengetua Kem Belia Mukah Satar Smawi, Timbalan Pengarah SME Corp Cawangan Sarawak Florence Mawar serta Penolong Pengarah Persekutuan Pembuatan Malaysia (FFM) Farrez Teh.

Rombongan telah disambut oleh pegawai dari PPKS Mukah yang terdiri daripada Mohamad Budiman Bujang dan Zainal Abiddin Ahmad.

Tujuan lawatan tersebut bagi melihat kemudahan latihan yang ada di PPKS Mukah seterusnya mengenal pasti peluang bagi kerjasama terutama dalam memberikan latihan kepada golongan belia dan usahawan, khususnya di Bahagian Mukah.

Pada lawatan itu, wakil agensi terbabit turut melawat sekitar pusat latihan dan diperkenalkan kepada pelatih yang menjalani latihan di situ.

Terdahulu, Farrez telah menyampaikan ceramah mengenai Kod Bar dan Pengenalan Produk pada Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan anjuran SME Corp di sebuah hotel di sini.

Bengkel dua hari itu turut melibatkan sisi latihan mengenai Pembungkusan, Penjenamaan dan Reka Bentuk Kreatif yang dikendalikan oleh Abdul Halim Yacob dari SIRIM Berhad.

Seramai lebih kurang 80 peserta yang menyertai bengkel juga telah didedahkan dengan kaedah-kaedah mereka bentuk logo sesuatu jenama.

Tajuk lain yang turut disampaikan pada bengkel adalah berkaitan Keperluan bagi Pendaftaran Jenama yang disampaikan oleh Pegawai Pendaftaran dan Pendaftaran Perbadanan Harta Intelektual Malaysia, Atek @ Sakas Sanggeng.

- UB, 14 Julai
logoblog

Thanks for reading PPKS Mukah Terima Kunjungan Daripada Beberapa Wakil Agensi Kerajaan

Previous
« Prev Post

No comments: