Powered by Blogger.

Saturday, August 11, 2012

42 sekolah terima peruntukan RM5.22 juta

  NR       Saturday, August 11, 2012

JASIN 7 Ogos - Sebanyak 42 buah sekolah bantuan kerajaan di negeri ini menerima peruntukan kewangan berjumlah RM5.22 juta daripada Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Bantuan yang juga melibatkan 37 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan lima buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) itu disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Menurutnya, peruntukan itu akan digunakan untuk kerja-kerja baik pulih struktur, penyelenggaraan bangunan, penambahan bilik darjah dan juga pembelian perabot.

"Daripada jumlah itu, RM4 juta telah diberikan kepada 37 SJKC dan baki RM1.2 juta kepada lima buah sekolah menengah jenis Kebangsaan (SMJK)," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kewangan Sekolah Bantuan Kerajaan Negeri Melaka 2012 di SJKC Yu Hsien, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo; Pengerusi Jawatankuasa, Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow dan Pengarah Pelajaran negeri, Kasim Mohamad.

Ka Siong berkata, semua sekolah terbabit menerima bantuan kewangan sekitar RM20,000 hingga RM700,000 mengikut keperluan masing-masing berdasarkan maklumat yang dihantar kepada kementerian.

"SJKC Chung Hwa di Sungai Rambai misalnya menerima bantuan paling tinggi iaitu RM700,000 kerana keperluannya yang lebih mendesak apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan bangunan itu tidak selamat diduduki.

"Semua peruntukan kepada setiap sekolah itu disalurkan terus kepada Lembaga Pengelola Sekolah untuk tindakan lanjut tanpa perlu melalui proses melantik ejen pelaksana," katanya.

Dalam pada itu katanya, lebih 8,000 buah sekolah bantuan kerajaan di seluruh negara berkongsi menerima bantuan RM500 juta dengan setiap kategori sekolah diberi peruntukan berjumlah RM100 juta.

"Semua kategori sekolah berstatus bantuan kerajaan masing-masing mendapat RM100 juta termasuk 892 SJKC; SJKT (374); sekolah mubaligh (412) dan sekolah agama.

"Kementerian turut akan mengagihkan bantuan berjumlah kira-kira RM2.82 juta kepada 16 buah sekolah mubaligh di negeri ini dalam tempoh terdekat," katanya.

Antara 37 buah SJKC di negeri ini yang menerima bantuan itu ialah SJKC Pay Chau, Bemban, RM100,00; SJKC Simpang Bekoh, Asahan (RM40,000); SJKC Masjid Tanah, Alor Gajah (RM250,00); SJKC Ek Te, Tanjung Kling (RM70,000) dan SJKC Yok Bin, Jalan Kubu RM100,000.

Lima buah SMJK pula ialah SMJK Katholik (RM110,000); SMJK Notre Dame, Jalan Gajah Berang (RM125,000); SMJK Tinggi Melaka (RM300,000)l; SMJK Yok Bin, Ayer Leleh (RM300,000) dan SMJK Pulau Sebang, Alor Gajah sebanyak RM300,000.

- Utusan 
logoblog

Thanks for reading 42 sekolah terima peruntukan RM5.22 juta

Previous
« Prev Post

No comments: