Powered by Blogger.

Tuesday, August 14, 2012

Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan 2011 Dikeluarkan 16 Ogos (Khamis) Ini

  NR       Tuesday, August 14, 2012


KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2012 akan dikeluarkan Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.

Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik.

Sebanyak 239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara. – Bernama
logoblog

Thanks for reading Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan 2011 Dikeluarkan 16 Ogos (Khamis) Ini

Previous
« Prev Post

No comments: