Powered by Blogger.

Thursday, August 09, 2012

Pelajar Tidak Digalakkan Kutip Derma di Luar Sekolah - NUTP

  NR       Thursday, August 09, 2012
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak menggalakkan sekolah bantuan penuh kerajaan menggunakan pelajarnya mengutip derma di luar kawasan sekolah.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, NUTP melihat aktiviti itu sebagai mengundang bahaya kepada pelajar tanpa mengira peringkat usia.

"Kita tak nak nanti ada kes pelajar diculik atau dirogol," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya walaupun mendapat kebenaran jabatan pelajaran negeri masing-masing, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada pihak sekolah.

"Semua kerajaan dah bagi, alat sukan tak cukup kerajaan bagi, budak miskin tak ada makanan, kerajaan peruntukkan RM1.80 setiap hari, pembangunan kalau rosak boleh minta.

"Saya hairan, kenapa nak minta derma lagi, kalau boleh, elakkan perkara berkenaan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada kes tertentu yang memerlukan kutipan derma seperti ketika sekolah memerlukan dana segera bagi mengganti peralatan rosak dan sebagainya.

Utusan Malaysia: 8 Ogos 2012
logoblog

Thanks for reading Pelajar Tidak Digalakkan Kutip Derma di Luar Sekolah - NUTP

Previous
« Prev Post

No comments: