Powered by Blogger.

Thursday, August 09, 2012

Sekolah Daif, Usang Harus Dinaik Taraf Dalam Belanjawan 2013

  NR       Thursday, August 09, 2012

Peruntukannya harus dimasukkan dalam  pembentangan Belanjawan 2013 kelak

MIRI: Kerajaan persekutuan harus memastikan infrastuktur sekolah-sekolah luar bandar yang dikenal pasti dalam keadaan daif atau usang dinaik taraf dalam Belanjawan 2013 kelak.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, beberapa sekolah di luar bandar yang usang perlu dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada semua warga pendidik dan pelajar.

“Jika struktur bangunannya diperbuat daripada kayu dan dalam keadaan usang, maka ia perlu dinaik taraf kepada sebuah bangunan konkrit bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ahmad Lai memberitahu, hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan akan tercapai sekiranya mereka belajar dalam keada-an selesa, aman dan tenteram.

“Kita mengharapkan agar kemudahan infrasktuktur di sekolah-sekolah luar bandar termasuk kuarters guru mendapat pertimbangan daripada kerajaan dan ia dimasukkan dalam Belanjawan 2013,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati umat Islam yang ingin pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri agar merancang perjalanan dan memandu dengan berhati-hati.

“Pemilik pengangkutan awam dinasihati memastikan kenderaan mereka dalam ke-adaan selamat dan tidak memandu terlalu laju sehingga membahayakan nyawa penum-pang,” katanya.

Ahmad Lai berkata, pemandu juga perlu mempunyai waktu tidur secukupnya dan hendaklah berehat jika me-ngantuk terutama ketika dalam perjalanan jauh.

“Harus diingatkan jika mereka mengantuk dan penat ketika memandu dalam perjalanan jauh, mereka harus berehat atau tidur sebentar untuk memastikan badan mereka cergas semula sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Beliau seterusnya menasihati pengguna jalan raya agar tidak memandu terlalu laju untuk sampai ke destinasi masing-masing kerana ia hanya akan membahayakan nyawa diri dan keluarga mereka.

Katanya mereka yang pulang ke kampung juga perlu memastikan peralatan elektrik di dalam rumah dalam keadaan selamat dan ditutup bagi mengelakkan kebakaran akibat litar pintas.

- UB
logoblog

Thanks for reading Sekolah Daif, Usang Harus Dinaik Taraf Dalam Belanjawan 2013

Previous
« Prev Post

No comments: