16 September 2012 (Selamat Hari Malaysia ke-49)
Tapi sebelum itu Igat ucapkan Selamat Hari Malaysia ke-49 kepada semua penduduk di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Hari Malaysia kali ini diadakan di Bintulu, tempat di mana Igat berada sekarang. Sebagai penduduk di Bintulu sudah pasti Igat merasa bangga pemilihan Bintulu sebagai tuan rumah sambutan kali ini.
Ketika Jiran sebelah-menyebelah, depan-belakang semua pergi ke Airport lama Bintulu utk menyambut Hari Malaysia. Family Igat pun semuanya pergi, Igat hanya memilih untuk menjadi 'jaga' di rumah, lagipun hujan. Namun, tetap menyokong dgn menonton siaran langsung di tv1. Ku pilih Malaysia! 1M4U...
Oklah berbalik kepada cerita, 14 haribulan Igat ada program di Open University Miri (OUM). Bermalam di Miri dan dapat bersama-sama keluarga kakak Igat dan anak-anaknya di Vista Perdana.
Kesempatan berada di Miri pasti diluangkan bersama-sama rakan-rakan.
Sebelum ini Igat ke Miri dapat berjumpa bersama Valentine guru SMK Dato Permaisuri & Wilma mengajar di SMK Lutong (Kini berpindah ke SMK Luar Bandar Sibu) and dapat mengajar mereka blog.
Jom berkunjung ke blog mereka;
VD - http://chekumbo.blogspot.com/
Wilma - http://enchelegit.blogspot.com/
Kali ini Igat dapat bertemu 3 lagi rakan yang bersama-sama menuntut di Universiti Tun Abdul Razak dahulu.
Di Miri kalau tak bertemu Jeffrey Anak Liau, rasanya tak sah ha ha ha...kena ambil attendant dengannya.
Rasa bertuah apabila sanggup meluangkan masa hujung minggu bertemu Igat. Siapa Jeffrey, boleh klik sini>>. Igat mentor kepada Jeffrey mengemudi blog, Jeffrey pula Mentor Igat dalam pengurusan keewangan. he he): Berkongsi ilmu dibalas ilmu he he):
Gambar bersama dua lagi blogger akan menjadi penulis undangan di pengajar.info;
i. Deideian Bangga Dunstan - http://www.deideian.com/
ii. Jeffrey Anak Liau - http://jeffreyliau.blogspot.com/
Macam pengacara rancangan tv kan ha ha ha...
Rakan-rakan Igat di Miri memang best, kalau Igat dapat jadi pengacara tv kan, rasanya Igat boleh jadi pengacara "Jalan-Jalan Cari Makan".
Thanks cikgu SMK Lopeng kerana dapat temankan aku jalan-jalan di pusing Miri. Terima Kasih juga dapat belanja makan he he):, moga-moga ada ramai lagi rakan seperti anda he):
Mana gambar tu? Nanti upload hahaha...1 hari boleh makan di tiga tempat hahahaha...
Petang jam 8.30 - 10.00 mlm dapat bersama dengan dua cikgu iaitu Raphael Barita Ligok (SMK St. Columba, Miri) & Phatreecia Mandang (Riam Road Secondary School) di Beach Republic.
Raff & Phat merupakan rakan-rakan di UNITAR dahlu dan sememangnya aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPM).
Dapat juga maklum balas daripada mereka berhubung artikel yang Igat tulis iaitu Halatuju Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian). Maklum balas ini akan Igat kongsikan di entri yang akan datang ya. Pasti semunaya berharap berita gembira pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini...
Sama-sama kita menuggu berharap & berdoa semoga ada harapan dan peluang diberikan kepada graduan bakal guru di UNITAR.
1jam lebih berbicara masa sememangnya mencemburui, Igat kena balik ke Bintulu utk bersama-sama SMK Sebauh untuk sebuah seminar pada Ahad.
Semua bas terakhir di Miri akan bertolak jam 10.00 pm, Igat lewat 5 minit, namun sempat mengejar bas biaramas sehingga ke Lambir. Thanks Deideian.
Pagi Ahad bersama pelajar di SMK Sebauh untuk sebuah seminar.
Igat: harap dapat ke Miri lagi bulan depan & kalau boleh juga ke Sibu. Ada orang Sibu nak Igat jumpa...
No comments:
Post a Comment